INFO TERKINI

Pertandingan Video Pendek:
Amalkan Cara Hidup Sihat Dalam Kalangan OKU Peringkat Kebangsaan 2018
Untuk makluman, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (OKU) telah bekerjasama untuk menganjurkan Pertandingan Video Pendek “Amalkan Cara Hidup Sihat Dalam Kalangan OKU Peringkat Kebangsaan 2018” bertemakan Jom Amalkan Cara Hidup Sihat!
Muat turun maklumat, borang penyertaan & syarat-syarat pertandingan di www.infosihat.gov.my



Jom Sertai Bengkel Digi Academy: Digital Literacy Programme 2018
'Digi Academy: Digital Literacy Programme’ merupakan kerjasama antara Digi Telecommunications Sdn Bhd dengan Arus Academy dalam memperkenalkan program yang dapat menyediakan pelajar sekolah menengah dalam pembelajaran mereka-bentuk (‘designing’), latihan asas pengekodan, sensor dan memupuk pendidikan awal keusahawanan.
Kepada peserta yang berminat untuk menyertai bengkel ini, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus Pusat Internet yang terpilih seperti berikut :

INTEL INTERNATIONAL SCIENCE AND ENGINEERING FAIR (INTEL ISEF) 2018
Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada bekas peserta Digi-Petrosains Robotic Program 2017 iaitu adik Amin Bin Mohd Razak dari SMK Dato' Abdul Rahman Yassin, Johor Bahru, Johor kerana telah berjaya ke peringkat akhir dalam pertandingan 'INTEL INTERNATIONAL SCIENCE AND ENGINEERING FAIR (INTEL ISEF) 2018' yang telah diadakan di Pittsburgh, Pennsylvania, Amerika Syarikat (USA) pada 10 - 12 Mei 2018 yang lalu.
Informasi lanjut mengenai beliau boleh klik disini


Digi CyberSafe™







Informasi Banjir






Maklumat Banjir

Jabatan Meteorologi Malaysia
Tel : 1-300-22-1638
Facebook : malaysiamet

Unit Ramalan dan Operasi Banjir
Web : Info Banjir
Tel : 03-4289 5505

Jabatan Kerja Raya
Web : Pusat Pengurusan Bencana
Tel : 03-2610 7727

Creative Century Management Sdn Bhd
Tel : 03-8061 4481

Facebook, Twitter, Instagram & Youtube Channel Pusat Internet.Digi facebook twitter instagram youtube
Tidak Pasti Jangan Kongsi



Orang ramai boleh layari laman web Tidak Pasti Jangan Kongsi

Mobile E-Waste





Orang ramai boleh menghubungi PI1M berdekatan bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Mobile E-Waste. Sila layari Mobile E-Waste.

Latihan Usahawan PERCUMA! Daftar Segera!



Orang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan.

Kempen "Klik Dengan Bijak"


Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan.

Matlamat Kempen

Antara tindakan proaktif yang diambil oleh Suruhanjaya ialah untuk melaksanakan satu Kempen Kesedaran Awam Keselamatan Internet yang bertemakan “Klik dengan Bijak” yang bermatlamatkan keselamatan, waspada dan tanggungjawab.



Golongan Sasaran

Kempen ini disasarkan kepada golongan masyarakat yang paling terdedah kepada gejala jenayah dan salah laku siber iaitu golongan kanak-kanak, belia dan juga para ibu bapa dan penjaga.

Mesej Utama

Mesej utama kempen “Klik Dengan Bijak” adalah berteraskan Prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Pembudayaan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam penggunaan Internet seharian akan diterapkan melalui pelbagai aktiviti dan inisiatif yang dianjurkan oleh Suruhanjaya.

Selain dari itu, kempen ini juga akan turut diselaraskan dengan “Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni” sebagai satu komponen penting, disamping selari dengan Matlamat Dasar Kebangsaan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Melalui kempen ini adalah diharap pembangunan dan peningkatan penggunaan jalur lebar selain dapat menjana ekonomi Negara turut dimanfaatkan untuk tujuan kebaikan serta memberi impak positif dalam mengekalkan nilai serta budaya bangsa Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Informasi Lanjut Klik Sini